Posts

Showing posts from September, 2011

SK SEGARI, 32200 LUMUT, PERAK

Sekolah Kebangsaan Segari terletak di persisiran jalan raya dari Pantai Remis ke Damar Laut. Sekolah ini berada di dalam kategori sekolah-sekolah di luar Bandar. Sekolah ini memiliki tiga blok bangunan sekolah, Pusat Sumber Sekolah dan sebuah bangunan kantin serta sebuah bangunan surau yang didirikan secara gotong royong oleh penduduk tempatan. Oleh kerana keluasan tanah kawasan sekolah ini 4.2 ekar, maka kemudahan padang permainan tidak menjadi masalah malah dapat digunakan sepenuhnya di mana pada waktu pagi oleh murid-murid sekolah dan pada waktu petang pula biasanya oleh belia-belia tempatan.

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

Tarikh Peristiwa 15/10/1952 Bangunan sekolah didirikan secara gotong royong oleh penduduk tempatan di atas tapak tanah seluas satu ekar yang didermakan oleh seorang penduduk yang bernama Encik Din bin Dahaman. Kos pembinaan bangunan menelan belanja sebanyak RM 2,307.90. Dari jumlah itu pihak Jabatan Pelajaran Negeri Perak telah menyumbang sebanyak RM 800.00 dan selebihnya adalah hasil inisiatif penduduk-penduduk ketika itu. Bangunan yang dibinakan daripada berdindingkan papan beratapkan daun nipah bertiangkan kayu cengal dan perkakasan atasnya daripada kayu bulat dan berlantaikan tanah sahaja telah siap didirikan pada akhir bulan November 1952. Dibuka secara rasminya dalam bulan Januari 1953. Turut Menyumbang Mata-mata Khas, Segari yang diketuai oleh Lt. Henson, Kpl. Fakir Mohd Hussin, Kpl. Abd. Aziz Murad dan pasukan mereka yang meminjamkan kemudahan peralatan tukang dan pengangkutan. Forest Guard, Segari yang terdiri darip

LAGU SEKOLAH

Image
LIRIK LAGU SK SEGARI Sekolah kebangsaan segari, Di sini kami membina diri, Mencari ilmu, Untuk masa depan dan juga kejayaan, Kami boleh, kami boleh, Itulah slogan kami, Kami boleh, kami boleh, Itulah slogan kami, Marilah oh kawan ku semua, Berdoa dan juga berusaha, Mencapai cita untuk nusa dan bangsa, Kita teruskan usaha, Semoga kita berjaya.

MUSYKIL AHJ OR ZBKC.....!!!!???

Tolong komen... plzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..........

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KALI KE-54

Image
19 September 2011  –   SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KALI KE -54   telah diadakan di sepanjang bulan Ogos dan telah dirasmikan oleh guru besar SK Segari, 32200 Lumut, Pn. Hjh Saadiah Bt Mahmud. Progaram ini dijalankan sejak daripada awal bulan Ogos dan kemuncak acara diadakan pada 06 September 2011 dimana majlis penutupan telah dirasmikan sekali lagi oleh guru besar SK Segari, 32200 Lumut, Pn. Hjh Saadiah Bt Mahmud dan disaksikan oleh seorang tokoh sejarah. Tahniah diucapankan kepada semua guru, staf sokongan dan murid-murid yang mengambil bahagian didalam semua pertandingnn dan persembahan yang diadakan bagi memeriahkan majlis penutupan Sambutan Hari Kemerdekaan ini. GAMBAR-GAMBAR SEKITAR SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-54 PERINGKAT SEKOLAH. PANDANGAN PERKARANGAN SEKOLAH                                                                                             PERASMIAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN OLEH GURU BESAR NYANYIAN SAMBILMENGIBARKAN JAL

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN JAMUAN RAYA, 2011 SK SEGARI 32200, LUMUT

Image
23 September 2011  -   Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan J amuan Raya '2011'  peringkat sekolah telah diadakan di Dewan SK Segari ( SKSL)

BENGKEL PENGHASILAN BLOGSPOT

testing

OBJEKTIF & PIAGAM

OBJEKTIF ·         Meningkatkan pencapaian kualiti dan kuantiti PKSR     dan UPSR ·         Mencapai sekurang-kurangnya peringkat daerah di     dalam kegiatan kokurikulum ·         Meningkatkan keterampilan sahsiah dan imej PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH ·         Berusaha memberi pendidikan berkualiti kepada semua     murid dengan adil dan  saksama ·         Menyediakan kemudahan fizikal, peralatan, bahan     sokongan pengajaran dan  pembelajaran yang     mencukupi. ·         bertanggungjawab menjaga keselamatan, kesihatan,     kebersihan dan disiplin  murid di sekolah ·         Mengadakan aktiviti kokurikulum meliputi persatuan,     unit beruniform, sukan dan  permainan untuk semua     murid. ·         Mengadakan kelas tambahan dan pelbagai insentif     untuk murid-murid yang  menghadapi UPSR. ·         Melahirkan murid yang menguasai 3M, beriman dan      berakhlak mulia. ·         Mengadakan program pemulihan kepada murid yang     lemah di dalam pembelajaran  dan program maju diri     k

Kata Aluan

Image
Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan keizinan-Nya maka terbinalah sebuah laman blog Sekolah Kebangsaan Segari. Dalam keghairahan kita berbicara mengenai teknologi maklumat dan komunikasi, sudah tentu kita tidak mahu ketinggalan dalam era globalisasi ini. Justeru itu, usaha membangunkan laman web ini diharap dapat menyalurkan informasi terkini berkaitan sekolah kepada para pengunjung dengan cepat. Saya amat mengalu-alukan penyertaan semua pihak untuk berinteraksi, berkongsi idea dan bertukar-tukar pandangan serta cadangan untuk memajukan lagi SKSL Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada ahli jawatankuasa ICT sekolah yang begitu komited dalam usaha mewujudkan laman web ini. Penghargaan juga kepada PIBG sekolah ini di atas sokongan padu yang diberikan. Semoga dengan adanya ruangan ini, diharap dapat mengeratkan hubungan antara sekolah dan masyarakat. Akhir kata, salam hormat dan selamat melayari laman blog sekolah ini. ILMU PANDUAN HIDUP Salam Ik