Posts

Showing posts from March, 2014

PENGAKAP

Image
Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan salah satu badan beruniform yang ditubuhkan di sekolah ini. Pengakap Kanak-kanak sekolah ini mengandungi ahli-ahli yang berumur antara sepuluh hingga dua belas tahun. Pergerakan Pengakap Kanak-kanak menjadi salah satu gerakerja kumpulan yang memberi khidmat kepada sekolah dan masyarakat. Di bawah program KBSR Pergerakan Pengakap Kanak-kanak telah dipilih sebagai salah satu gerakerja kokurikulum yang diwajibkan di semua sekolah rendah. Ini disebabkan ianya didapati amat sesuai dijalankan oleh murid-murid pada peringkat ini. Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan satu cara didikan yang boleh dijalankan di dalam dan di luar sekolah. Aktiviti Pergerakan Pengakap Kanak-kanak mudah diikuti dan menarik minat murid-murid. Di samping itu, ia dapat pula menyemaikan sifat-sifat kepemimpinan, bekerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat di kalangan mereka.  

PERTANDINGAN CATUR DAERAH MANJUNG

Image
Kejayaan Murid SK Segari di Kejohanan Catur MSSD Manjung Siti Nur Aziemah Bt Zailani (6 Elit) telah mewakili Daerah Majung untuk Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah Perak. Syabas dan tahniah diucapkan! Pihak sekolah juga ingin merakamkan penghargaan kepada guru pengiring. Tidak ketinggalan, semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan sokongan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Semoga kejayaan Siti Nur Aziemah Bt Zailani menjadi inspirasi kepada murid-murid SK Segari. HOME