Posts

Showing posts from July, 2012

AMBANG KEMERDEKAAN KE 55

Image
Pada 17 Julai 2012 yang lalu, telah berlangsung dengan meriahnya Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Sekolah. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn. Pn Hjh Saadiah Bt Mahmud, iaitu Guru Besar SK Segari. Objektif majlis ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan tentang peristiwa sejarah tempatan dan membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan murid, menghargai usaha dan sumbangan tokoh-tokoh yang memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan memajukan negara, memupuk semangat cinta akan negara dan perasaan berbangga dengan warisan negara melalui pemahaman tentang perkembangan masyarakat dan negara serta iktibar daripada penghayatan sejarah tanah air dan banyak lagi. Majlis telah dimulakan pada pukul 7.30 pagi dengan ucapan daripada Pengerusi Majlis, Nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa. Seterusnya pada pukul 7.45 pagi, ucapan Perutusan Hari Kemerdekaan, Ucapan Perasmian Bulan Patriotisme oleh Guru Besar SK Segari, persembahan sajak patriotisme oleh murid, laungan keme

SENAMROBIK 1M1S 2012

Image

TEMASYA SUKAN KALI KE 33 TAHUN 2012

Image

TEMASYA SUKAN TAHUNAN SK SEGARI KE-33

Image
Temasya sukan dimulakan dengan perbarisan rumah-rumah sukan diikuti dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Guru Besar SK Segari Pn. Hjh Saadiah Bt Mahmud. Selepas upacara menaikkan bendera kejohanan dan ikrar kejohanan oleh wakil pelajar, acara kejohanan bermula. Pelbagai acara kejohanan, seperti larian 100m dan 4X100m bagi kategori lelaki dan perempuan tahun, telah diadakan. Acara kejohanan diakhiri dengan acara tarik tali. Secara keseluruhannya, Rumah Biru telah mendahului rumah-rumah sukan yang lain dan muncul sebagai johan. Naib johan pula dimenangi oleh Rumah Kuning. Mohd Shahafizi B Jaafar dari Rumah Kuning dan Nurul Nureiliya Bt Azman masing-masing diumumkan sebagai olahragawan dan olahragawati Temasya Sukan Tahunan ke-33 Galeri gambar sepanjang temasya: utama