AMBANG KEMERDEKAAN KE 55


Pada 17 Julai 2012 yang lalu, telah berlangsung dengan meriahnya Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Sekolah. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn. Pn Hjh Saadiah Bt Mahmud, iaitu Guru Besar SK Segari. Objektif majlis ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan tentang peristiwa sejarah tempatan dan membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan murid, menghargai usaha dan sumbangan tokoh-tokoh yang memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan memajukan negara, memupuk semangat cinta akan negara dan perasaan berbangga dengan warisan negara melalui pemahaman tentang perkembangan masyarakat dan negara serta iktibar daripada penghayatan sejarah tanah air dan banyak lagi.

Majlis telah dimulakan pada pukul 7.30 pagi dengan ucapan daripada Pengerusi Majlis, Nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa. Seterusnya pada pukul 7.45 pagi, ucapan Perutusan Hari Kemerdekaan, Ucapan Perasmian Bulan Patriotisme oleh Guru Besar SK Segari, persembahan sajak patriotisme oleh murid, laungan kemerdekaan dan diakhiri dengan nyanyian lagu-lagu patriotisme. Majlis telah berakhir pada pukul 9.00 pagi.

Galeri video Sambutan Kemerdekaan

Galeri gambar Sambutan Ambang Merdeka
































Comments

Popular posts from this blog

KEJOHANAN CATUR MSSD MANJUNG 2013