Posts

Showing posts from September, 2013

ROMBONGAN PRASEKOLAH 2013

Image
Tempat : Rumah P. Ramlee, Taman Botani, Masjid Terapung,                 Taman Rama-rama Pulau Pinang Tarikh  : 21 September 2013 Hari : Sabtu Keseronokan murid-murid prasekolah terpancar dari raut wajah mereka. Lawatan sambil belajar memberi keseronokan dan dalam masa yang sama boleh menimba banyak pengalaman manis dalam lawatan tersebut.           Semoga rombongan ini memberi manfaat kepada prasekolah dan murid-murid SK Segari..:-) Utama

KEM BESTARI SOLAT

Image
Bestari Solat adalah aktiviti perkhemahan yang dilaksanakan untuk memastikan murid boleh berwuduk dan menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk : i. Murid dapat memahami cara berwuduk. ii. Murid dapat berwuduk dengan sempurna. iii. Mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardu. iv. Dapat melaksanakan semua perbuatan dan bacaan dalam solat dengan betul dan sempurna. Sekitar pelaksanaan Kem Bestari Solat..              Utama

BENGKEL KELESTARIAN MODUL ASAS 3 LINUS (NUMERASI DAN LITERASI)

Image
P ada 18 September 2013, dua wakil guru SK Segari memberi LADAP Bengkel Kelestarian Linus kepada semua guru SK Segari.  Bengkel ini adalah berfokus kepada Konsep BRIDGING (Kelestarian) iaitu bagaimana untuk merancang pembelajaran dan pengajaran yang menggabungjalinkan kandungan KSSR dan kemahiran Linus (Literasi dan Numerasi) benar-benar dipraktikkan sewaktu proses PdP dilaksanakan. Bengkel ini memdedahkan kaedah dan teknik PdP berkesan serta bengkel penulisan RPH, untuk memastikan kefahaman guru menepati konsep penggabungjalinan kandungan KSSR dan Kemahiran Linus.        Utama