TEMASYA SUKAN TAHUNAN SK SEGARI KE-33



Temasya sukan dimulakan dengan perbarisan rumah-rumah sukan diikuti dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Guru Besar SK Segari Pn. Hjh Saadiah Bt Mahmud. Selepas upacara menaikkan bendera kejohanan dan ikrar kejohanan oleh wakil pelajar, acara kejohanan bermula. Pelbagai acara kejohanan, seperti larian 100m dan 4X100m bagi kategori lelaki dan perempuan tahun, telah diadakan. Acara kejohanan diakhiri dengan acara tarik tali.

Secara keseluruhannya, Rumah Biru telah mendahului rumah-rumah sukan yang lain dan muncul sebagai johan. Naib johan pula dimenangi oleh Rumah Kuning. Mohd Shahafizi B Jaafar dari Rumah Kuning dan Nurul Nureiliya Bt Azman masing-masing diumumkan sebagai olahragawan dan olahragawati Temasya Sukan Tahunan ke-33

Galeri gambar sepanjang temasya:











































Comments

Popular posts from this blog

KEJOHANAN CATUR MSSD MANJUNG 2013