SK SEGARI, 32200 LUMUT, PERAK

Sekolah Kebangsaan Segari terletak di persisiran jalan raya dari Pantai Remis ke Damar Laut. Sekolah ini berada di dalam kategori sekolah-sekolah di luar Bandar.

Sekolah ini memiliki tiga blok bangunan sekolah, Pusat Sumber Sekolah dan sebuah bangunan kantin serta sebuah bangunan surau yang didirikan secara gotong royong oleh penduduk tempatan. Oleh kerana keluasan tanah kawasan sekolah ini 4.2 ekar, maka kemudahan padang permainan tidak menjadi masalah malah dapat digunakan sepenuhnya di mana pada waktu pagi oleh murid-murid sekolah dan pada waktu petang pula biasanya oleh belia-belia tempatan.

Comments

Popular posts from this blog

KEJOHANAN CATUR MSSD MANJUNG 2013