SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

Tarikh

Peristiwa
15/10/1952

Bangunan sekolah didirikan secara gotong royong oleh penduduk tempatan di atas tapak tanah seluas satu ekar yang didermakan oleh seorang penduduk yang bernama Encik Din bin Dahaman. Kos pembinaan bangunan menelan belanja sebanyak RM 2,307.90. Dari jumlah itu pihak Jabatan Pelajaran Negeri Perak telah menyumbang sebanyak RM 800.00 dan selebihnya adalah hasil inisiatif penduduk-penduduk ketika itu.
Bangunan yang dibinakan daripada berdindingkan papan beratapkan daun nipah bertiangkan kayu cengal dan perkakasan atasnya daripada kayu bulat dan berlantaikan tanah sahaja telah siap didirikan pada akhir bulan November 1952.
Dibuka secara rasminya dalam bulan Januari 1953.
Turut Menyumbang


Mata-mata Khas, Segari yang diketuai oleh Lt. Henson, Kpl. Fakir Mohd Hussin, Kpl. Abd. Aziz Murad dan pasukan mereka yang meminjamkan kemudahan peralatan tukang dan pengangkutan.
Forest Guard, Segari yang terdiri daripada En Mohd Noor, Hj Fakih Abdullah dan Hj. Mohd Ali bin Abdul Kadir
Jan 1953

Bangunan sekolah ini telah mendapat kebenaran rasmi daripada pihak Kementerian Pelajaran Persekutuan untuk diguna pakai sebagai sebuah sekolah yang tiada dibekalkan kemudahan asas.
Pengasas Sekolah

En. Ibrahim bin Abd. Kadir
-
Pengerusi


En. Khalid bin Ariffin
-
Setiausaha


En. Din bin Dahaman
-
AJK


En. Hj. Mohd Ali bin Abd. Kadir
-
AJK


En. Hj. Fakih Abdullah bin Siram
-
AJK


En. Yaakub bin Abdul Rahman
-
AJK
Jan 1970

Bangunan baru telah didirikan di atas tapak lama yang membolehkan  tiga bilik darjah, sebuah pejabat yang dibahagikan separuh bilik guru, sebuah tandas murid lelaki dan sebuah tanda murid perempuan. Guru-guru dan kakitangan sokongan berkongsi tandas dengan murid-murid. Sebuah kantin dan juga sebuah rumah guru juga telah didirikan pada akhir tahun 1970an.
Julai 1984

Sebuah lagi bangunan yang memuatkan tiga bilik darjah telah didirikan bangi menampung kekurangan bilik darjah dengan penambahan bilangan murid dari tahun ke tahun dan juga sebuah bangunan tandas untuk murid-murid lelaki dan perempuan. Pada awal tahun 1985 bangunan baru ini telah siap dibina dan telah mendapat kebenaran untuk diguna pakai sebagai kelas.
April 1997

Di atas usaha PIBG sekolah dan Bridge Komuniti, pihak Segari Energy Venture, Lumut (SEV), sebuah syarikat gergasi telah bermurah hati membantu murid-murid sekolah ini dengan menjadikan sekolah ini “anak angkatnya” dan pada akhir bulan April 1997, sebuah  daripada bilik tandas murid yang berada di blok bangunan pertama dahulu telah dinaiktaraf untuk dijadikan bilik komputer sekolah dan memuatkan dengan enam buah komputer bagi tujuan alat teknologi membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Semua kos ini dibiayai oleh oleh pihak SEV.

Comments

Popular posts from this blog

KEJOHANAN CATUR MSSD MANJUNG 2013