Kata Aluan


Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan keizinan-Nya maka terbinalah sebuah laman blog Sekolah Kebangsaan Segari. Dalam keghairahan kita berbicara mengenai teknologi maklumat dan komunikasi, sudah tentu kita tidak mahu ketinggalan dalam era globalisasi ini.

Justeru itu, usaha membangunkan laman web ini diharap dapat menyalurkan informasi terkini berkaitan sekolah kepada para pengunjung dengan cepat. Saya amat mengalu-alukan penyertaan semua pihak untuk berinteraksi, berkongsi idea dan bertukar-tukar pandangan serta cadangan untuk memajukan lagi SKSL

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada ahli jawatankuasa ICT sekolah yang begitu komited dalam usaha mewujudkan laman web ini. Penghargaan juga kepada PIBG sekolah ini di atas sokongan padu yang diberikan.

Semoga dengan adanya ruangan ini, diharap dapat mengeratkan hubungan antara sekolah dan masyarakat. Akhir kata, salam hormat dan selamat melayari laman blog sekolah ini.

ILMU PANDUAN HIDUP


Salam Ikhlas daripada


Pn Hjh Saadiah Bt Mahmud

Guru Besar
SK Segari

Comments