Posts

UJIAN KECERDASAN TAHUN 6

Image
Utama

PASUKAN BOLA BALING SEKOLAH

Image
Pertandingan Bola Baling Bawah 12 Tahun Peringkat Daerah Manjung 8 – 9 April 2013 INFO Pasukan lelaki sekolah bawah 12 tahun telah menjadi Naib Johan peringkat kumpulan Pasukan perempuan sekolah bawah 12 tahun telah menjadi Johan peringkat kumpulan Peringkat Kalah Singkir Pasukan lelaki bawah 12 hanya layak ke pusingan kedua (16 pasukan terbaik daripada 33 pasukan) Pasukan perempuan bawah 12 tahun layak ke pusingan suku akhir (8 pasukan terbaik daripada 32 pasukan) Utama

PERKHEMAHAN ANJURAN PIBG DI TELUK SENANGIN

Image
Seramai 18 orang dari tahun enam dan 14 orang dari tahun lima dari SK Segari telah mengikuti Kem Perkhemahan di Teluk Senangain pada 28 dan 29 Mac 2013. Perkhemahan ini adalah anjuran bersama PIBG di bawah kelolaan En Shafie (YDP PIBG). Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada beliau yang telah menyediakan pengangkutan dan penginapan percuma. Warga SK Segari yang telah menyertai program ini merasa gembira dan berpuas hati dengan aktiviti yang telah dijalankan. Utama

PENYERAHAN INSENTIF KEPADA PELAJAR CEMERLANG UPSR 2012

Image
Insentif ini daripada pihak    Lumut Power Plant. Utama

PELANCARAN PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2013

Image
Tarikh : 18 Mac 2013 Tempat : Tapak perhimpunan SK Segari Perasmi : Pn. Hjh Saadiah Bt Mahmud  ( Guru Besar SK Segari ) ‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Majlis dirasmikan oleh tuan guru besar iaitu dengan memotong reben pada kain rentang sempena pelancaran nilam dan kemudian mengibarkan. Majlis kemudian dijamukan dengan persembahan daripada seorang murid iaitu rumsan buku yang disampaikan dalam bahasa Malaysia. Majlis bersurai pada jam 8.15 pagi. Pn Hjh Saadiah Bt Mahmud sedang memotong riben bagi merasmikan pelancaran Program NILAM sambil disaksikan oleh warga SK Segari.   Penyampaian “Button” Rakan Pembaca Utama ...

TARGET OF UPSR : 5A!!!

Image
Semoga SK Segari akan lebih berjaya pada tahun 2013 Insyaallah... Semoga beroleh apa yang dihajati dan diimpikan... amin... Utama

KEJOHANAN CATUR MSSD MANJUNG 2013

Image
Pada 18 Februari lalu, SK Segari telah menghantar 4 wakil ke kejohanan ini bagi Kategori Bawah 12 Lelaki dan Perempuan yang telah diadakan di SMK Nan Hwa, Sitiawan.   Berkat usaha dan latihan, seorang wakil dari pasukan SK Segari iaitu adik Siti Nur Aziemah Bt Zailani telah berjaya muncul tempat ke 4 dalam kategori Perempuan Bawah 12. Dengan kejayaan ini, dia telah terpilih untuk mewakili daerah Manjung ke Kejohanan Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 1 – 3 Mac 2013 di Kompleks Sukan Rakan Muda Kamunting, Taiping.   Tahniah diucapkan kepada pasukan catur. Semoga anda akan mendapat kejayaan yang gemilang pada tahun akan datang. Utama