KEJOHANAN CATUR MSSD MANJUNG 2013


Pada 18 Februari lalu, SK Segari telah menghantar 4 wakil ke kejohanan ini bagi Kategori Bawah 12 Lelaki dan Perempuan yang telah diadakan di SMK Nan Hwa, Sitiawan.





 Berkat usaha dan latihan, seorang wakil dari pasukan SK Segari iaitu adik Siti Nur Aziemah Bt Zailani telah berjaya muncul tempat ke 4 dalam kategori Perempuan Bawah 12. Dengan kejayaan ini, dia telah terpilih untuk mewakili daerah Manjung ke Kejohanan Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 1 – 3 Mac 2013 di Kompleks Sukan Rakan Muda Kamunting, Taiping. 














Tahniah diucapkan kepada pasukan catur. Semoga anda akan mendapat kejayaan yang gemilang pada tahun akan datang.





















Comments