PERKHEMAHAN ANJURAN PIBG DI TELUK SENANGIN
Seramai 18
orang dari tahun enam dan 14 orang dari tahun lima dari SK Segari telah
mengikuti Kem Perkhemahan di Teluk Senangain pada 28 dan 29 Mac 2013.
Perkhemahan ini adalah anjuran bersama PIBG di bawah kelolaan En Shafie (YDP
PIBG). Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada beliau yang telah
menyediakan pengangkutan dan penginapan percuma. Warga SK Segari yang telah
menyertai program ini merasa gembira dan berpuas hati dengan aktiviti yang
telah dijalankan.


Comments
Post a Comment