SENAMROBIK 1M1S 2012
Acara Senamrobik yang dijalankan secara serentak di semua sekolah seluruh negara pada pukul 8.00 pagi 10 Julai 2012 telah mencatat sejarah sendiri apabila dicatatkan dalam Malaysian Book Of Record sebagai perhimpunan serentak untuk acara senamrobik terbesar di Malaysia. Acara ini yang turut diadakan di Sekolah Kebangsaan Segari dan telah dilancarkan dengan rasminya oleh Guru Besar SK Segari, Pn Hjh Saadiah Bt Mahmud, Seluruh warga SK Segari dan ibu bapa sama-sama memeriahkan acara yang diadakan secara serentak di seluruh negara. Dalam ucapan pelancaran Pn Hjh Saadiah Bt Mahmud, turut menegaskan betapa pentingnya masyarakat Malaysia menjaga kesihatan diri demi menjamin rakyat yang sihat. Upacara ditamatkan jam 8.40 pagi. Rakyat sihat negara maju. MURID DAN GURU BERKUMPUL PIMPINAN BACAAN DOA SEBELUM ACARA BERMULA MAJLIS DIMULAKAN SEMASA SENAMROBIK GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH ...