Posts

SK SEGARI, 32200 LUMUT, PERAK

Sekolah Kebangsaan Segari terletak di persisiran jalan raya dari Pantai Remis ke Damar Laut. Sekolah ini berada di dalam kategori sekolah-sekolah di luar Bandar. Sekolah ini memiliki tiga blok bangunan sekolah, Pusat Sumber Sekolah dan sebuah bangunan kantin serta sebuah bangunan surau yang didirikan secara gotong royong oleh penduduk tempatan. Oleh kerana keluasan tanah kawasan sekolah ini 4.2 ekar, maka kemudahan padang permainan tidak menjadi masalah malah dapat digunakan sepenuhnya di mana pada waktu pagi oleh murid-murid sekolah dan pada waktu petang pula biasanya oleh belia-belia tempatan.

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

Tarikh Peristiwa 15/10/1952 Bangunan sekolah didirikan secara gotong royong oleh penduduk tempatan di atas tapak tanah seluas satu ekar yang didermakan oleh seorang penduduk yang bernama Encik Din bin Dahaman. Kos pembinaan bangunan menelan belanja sebanyak RM 2,307.90. Dari jumlah itu pihak Jabatan Pelajaran Negeri Perak telah menyumbang sebanyak RM 800.00 dan selebihnya adalah hasil inisiatif penduduk-penduduk ketika itu. Bangunan yang dibinakan daripada berdindingkan papan beratapkan daun nipah bertiangkan kayu cengal dan perkakasan atasnya daripada kayu bulat dan berlantaikan tanah sahaja telah siap didirikan pada akhir bulan November 1952. Dibuka secara rasminya dalam bulan Januari 1953. Turut Menyumbang Mata-mata Khas, Segari yang diketuai oleh Lt. Henson, Kpl. Fakir Mohd Hussin, Kpl. Abd. Aziz Murad dan pasukan mereka yang meminjamkan kemudahan peralatan tukang dan pengangkutan. Forest Guard, Segari yang terdiri darip...

LAGU SEKOLAH

Image
LIRIK LAGU SK SEGARI Sekolah kebangsaan segari, Di sini kami membina diri, Mencari ilmu, Untuk masa depan dan juga kejayaan, Kami boleh, kami boleh, Itulah slogan kami, Kami boleh, kami boleh, Itulah slogan kami, Marilah oh kawan ku semua, Berdoa dan juga berusaha, Mencapai cita untuk nusa dan bangsa, Kita teruskan usaha, Semoga kita berjaya.

MUSYKIL AHJ OR ZBKC.....!!!!???

Tolong komen... plzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..........

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KALI KE-54

Image
19 September 2011  –   SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KALI KE -54   telah diadakan di sepanjang bulan Ogos dan telah dirasmikan oleh guru besar SK Segari, 32200 Lumut, Pn. Hjh Saadiah Bt Mahmud. Progaram ini dijalankan sejak daripada awal bulan Ogos dan kemuncak acara diadakan pada 06 September 2011 dimana majlis penutupan telah dirasmikan sekali lagi oleh guru besar SK Segari, 32200 Lumut, Pn. Hjh Saadiah Bt Mahmud dan disaksikan oleh seorang tokoh sejarah. Tahniah diucapankan kepada semua guru, staf sokongan dan murid-murid yang mengambil bahagian didalam semua pertandingnn dan persembahan yang diadakan bagi memeriahkan majlis penutupan Sambutan Hari Kemerdekaan ini. GAMBAR-GAMBAR SEKITAR SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-54 PERINGKAT SEKOLAH. PANDANGAN PERKARANGAN SEKOLAH                                 ...

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN JAMUAN RAYA, 2011 SK SEGARI 32200, LUMUT

Image
23 September 2011  -   Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan J amuan Raya '2011'  peringkat sekolah telah diadakan di Dewan SK Segari ( SKSL)

BENGKEL PENGHASILAN BLOGSPOT

testing