Posts

ADOPTED SCHOOL EDUCATION TRIP 2013

Image
Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur merupakan salah satu aktiviti tahunan anjuaran pihak Malankoff Cooperation Berhad. Tujuan lawatan ini diadakan supaya murid dapat merehatkan minda setelah berhempas pulas dengan peperiksaan UPSR.  Selain itu, ia juga dapat mengeratkan lagi silaturrahim di antara murid dan pihak Malankoff Cooperation Berhad yang telah banyak memberi sumbangan dalam kemajuan akedemik sekolah. Seramai 18 orang murid tahun 6 dan 1 orang guru telah mengikuti lawatan ini. Kami bertolak pada 19 Oktober 2013 (Sabtu) seawal jam 7.00 pagi dari SJKC Pei Min.          

PROGRAM PERKHEMAHAN

Image
Unit Kokurikulum SK Segari telah menganjurkan satu program perkhemahan untuk unit beruniform SK Segari iaitu Unit Pengakap dan Puteri Islam. Seramai 47 orang murid daripada tahun 4, 5 dan 6 yang mengikuti program perkhemahan ini. Antara objektif diadakan perkhemahan ini adalah: 1. untuk memupuk semangat kerjasama dan yakin diri dalam diri peserta. 2. untuk memupuk sikap berdikari dan bertanggung jawab dalam diri peserta. 3. untuk menjalin hubungan baik sesama rakan dan guru di SK Segari Program ini telah berjaya dilaksanakan pada 5 -6 Oktober 2013 di sekolah. Walaupun perancangan awal, murid berkhemah di padang sekolah, namun tidak berjaya direalisasikan kerana faktor cuaca buruk.   Namun begitu, peserta perkhemahan berpeluang memasang dan mendirikan khemah dengan jayanya. Berikut beberapa rakaman gambar yang berjaya diabadikan sepanjang program ini berlangsung:   ...