PROGRAM PERKHEMAHAN

Unit Kokurikulum SK Segari telah menganjurkan satu program perkhemahan untuk unit beruniform SK Segari iaitu Unit Pengakap dan Puteri Islam. Seramai 47 orang murid daripada tahun 4, 5 dan 6 yang mengikuti program perkhemahan ini.

Antara objektif diadakan perkhemahan ini adalah:
1. untuk memupuk semangat kerjasama dan yakin diri dalam diri peserta.
2. untuk memupuk sikap berdikari dan bertanggung jawab dalam diri peserta.
3. untuk menjalin hubungan baik sesama rakan dan guru di SK Segari


Program ini telah berjaya dilaksanakan pada 5 -6 Oktober 2013 di sekolah. Walaupun perancangan awal, murid berkhemah di padang sekolah, namun tidak berjaya direalisasikan kerana faktor cuaca buruk.  
Namun begitu, peserta perkhemahan berpeluang memasang dan mendirikan khemah dengan jayanya.

Berikut beberapa rakaman gambar yang berjaya diabadikan sepanjang program ini berlangsung:



















 









 











 
















 

  



























Comments

Popular posts from this blog

KEJOHANAN CATUR MSSD MANJUNG 2013