PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH & PENGAWAS PSS, SESI 2016
Tarikh : 11 Januari 2016
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Dataran Kejat
Bersempena pelancaran Minggu Disiplin SK Segari, Majlis Penyampaian Watikah
Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS telah diadakan. Majlis ini
bertujuan mengiktiraf tugas pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber sekolah.
Berikut ialah aturcara majlis tersebut:
Nyanyian Lagu Kebangsaan: Negaraku
Bacaan doa
Ucapan oleh Guru Bertugas: En Ahmad Syibli B Razali
Penyampaian watikah
Lafaz ikrar pengawas
Penyampaian cenderahati
Sesi Fotografi untuk kenangan
Kekuatan program :
Program ini berjaya dilaksanakan seperti yang ditetapkan dalam takwim aktiviti sekolah dan berjalan lancar mengikut aturcara. Barisan pengawas yang dilantik mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan mampu menjalankan tugas dengan baik, selain dapat menjadi contoh pelajar cemerlang serta berketrampilan dalam pelbagai aspek.

Comments
Post a Comment