LATARBELAKANG PUSAT SUMBER SK SEGARI


       Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Segari ditubuhkan pada tahun 1971 bertujuan membantu guru-guru dan pelajar-pelajar mendapat kemudahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi untuk mempertingkatkan pencapaian akademik pelajar-pelajar. Ia terdiri daripada unit perkhidmatan perpustakaan, bilik tayang, bilik bahan bantu mengajar, bilik komputer, pondok dan laluan ilmu. Walaupun tidak berpusat namun lokasi bilik-bilik tersebut strategik dan mudah dikunjungi.
       Pusat Sumber Sekolah merupakan gedung di mana terdapat berbagai ilmu pengetahuan. Ilmu ibarat cahaya yang menerangi hidup manusia. PSS SK Segari terletak di tingkat satu Blok B merupakan sebuah ubah suai kelas. Ia dilengkapi dengan sebuah bilik kerja yang berdinding cermin. Rak-rak buku yang diperbuat daripada kayu  dan kaunter sirkulasi sumbangan oleh SEV Power Plant , Lumut pada hujung tahun 2006.
        PSS SK Segari sentiasa mencari jalan bagi menyuburkan tabiat membaca di kalangan para murid. Pelancaran Program Membaca dan NILAM pada bulan Januari setiap tahun merupakan suntikan motivasi ke arah amalan membaca. Setiap pagi murid-murid akan mengikuti program ‘Pagi Bersama Buku’ di Dataran Kejat. Selain membaca buku, aktiviti seperti Bicara Buku dan aktiviti-aktiviti panitia mata pelajaran turut dijalankan mengikut giliran. Aktiviti-aktiviti ke arah percambahan ilmu pengetahuan seperti ‘Kuiz Tahukah Kamu’ dijalankan sebanyak empat siri setahun. Hadiah-hadiah menarik disediakan untuk ‘Pengunjung Bertuah Bulan Ini’, 'Pembaca Terbanyak Bulan Ini', 'Kelas Paling Banyak Meminjam Bulan Ini', ‘Tokoh Pembaca Tahun Ini’, pertandingan mengarang, Bulan Patriotik dan Minggu PSS semata-mata untuk menjadikan PSS SK Segari  sentiasa di hati murid dan guru. 

        Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Begitulah sikap warga SKSL. Apa sahaja aktiviti yang dirancang telah dapat dijalankan dengan baik dan membuahkan hasil yang diharapkan.









Comments

Popular posts from this blog

KEJOHANAN CATUR MSSD MANJUNG 2013