HIKAYAT BUSTAN AL-SALATIN
Berdasarkan
karya agung Bustan al-Katibin pula, menurut Dr Jelani Harun dalam bukunya
Pemikiran Adab Ketatanegaraan Kesultanan Melayu, kitab Bustan Al-Salatin ini
tergolong sebagai sebuah karya saduran kerana banyak pengaruh Arab dan Parsi
yang sama ada dicedok atau diambil oleh Sheikh Nuruddin menjadi kandungan kitab
ini.
Manakala RO Winstedt mengkelaskan kitab ini sebagai
sastera sejarah kerana pengkisahan sejarah yang terdapat di dalam kitab ini
boleh dikatakan lengkap terutama dari segi sejarah kesultanan Melayu khususnya
kerajaan Melayu Melaka dan Acheh tetapi sarjana tempatan memikirkan kitab ini
lebih sesuai dikategorikan sebagai sastera ketatanegaraan atau sastera adab,
yakni hasil penulisan yang boleh dijadikan petunjuk kepada raja-raja dan
pemerintah dalam mentadbir negeri.
Daripada sudut karya pula Kitab Bustan Al-Salatin
ini terdiri daripada 7 bab tetapi bilangan fasalnya mempunyai pelbagai versi.
Winstedt menyatakan ada 40 fasal manakala Raffles pula menyatakan hanya 60
fasal. Hal ini demikian berlaku kerana kitab yang lengkap tidak pernah ditemui
sebaliknya cebisan kitab yang telah tercerai-cerai. Namun begitu isi
kandungannya tidak jauh berbeza. Semua versinya membicarakan perkara pokok yang
sama.
Mengikut Winstedt dalam bab satu terdiri daripada
10 fasal yang menerangkan mengenai tujuh petala langit dan bumi, Nur
Muhammad, Luh Mahfuz, kalam arsy dan sebagainya. Berdasarkan bab ini, Sheikh
Nuruddin membuat huraian tentang penciptaan alam yang bermula daripada fasal
kejadian nur Muhammad, Lohmahfuz, Fasal Arasy, Fasal Qalam, Fasal Kejadian-Kejadian
Malaikat, Sidratul Muntaha, Syurga dan Neraka, Kaabah, Matahari, Bintang dan
sebagainya . Kandungannya banyak persamaan dengan kisah penciptaan alam yang
terkandung dalam Qisas al-Anbiya yang bersumber daripada Ibnu Abbas, Kaab
Ahbar, Wahb ibn Munabbih dan Abdullah ibnu Salam.
Comments
Post a Comment