KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK SEGARI KE-34


4 JULAI 2013- Kejohanan Sukan Tahunan Ke-34 Sekolah Kebangsaan Segari telah berlangsung dengan jayanya di padang sekolah bermula jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 6.30 petang diiringi dengan tepukan dan sorakan.

Kejohanan sukan dimulakan dengan perbarisan rumah-rumah sukan, dan ikrar kejohanan oleh wakil murid serta diikuti dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Dato’  Abdul Manaf B Hashim Ahli Dewan Undangan Negeri dan kejohanan bermula. Pelbagai acara kejohanan, seperti larian 100m, 200m, 4X100m dan sukaneka bagi kategori lelaki dan perempuan telah diadakan.


Secara keseluruhannya, Rumah Merah telah mendahului rumah-rumah sukan yang lain dan muncul sebagai johan. Naib johan pula dimenangi oleh Rumah Biru Bagi acara perbarisan, Rumah Biru berjaya dianugerahkan tempat pertama termasuk manakala Rumah Kuning memenangi tempat kedua. Mohd Irfan Rafis B Mazeli dari Rumah Merah dan Nor Elieya binti Azman masing-masing diumumkan sebagai olahragawan dan olahragawati Kejohanan Sukan Tahunan ke-34.
























  
  






















Comments

Popular posts from this blog

KEJOHANAN CATUR MSSD MANJUNG 2013