SAMBUTAN HARI GURU 2013
SK Segari telah mengadakan Sambutan Hari Guru 2013 Peringkat Sekolah,
bertempat di Dewan SK Segari. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, sambutan
kali ini diadakan secara ringkas tetapi penuh makna. Tema hari guru pada tahun
ini ialah Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
Majlis bermula dengan bacaan doa yang diimamkan oleh Ust. Azamuddin diikuti
dengan ucapan daripada Guru Besar SK Segari, Pn Hjh Saadiah Bt Mahmud.
Seterusnya diadakan persembahan nyanyian oleh seluruh warga pendidik SK Segari
telah menyampaikan dua buah lagi iaitu ‘Kami Guru Malaysia’ dan ‘Guru
Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara’.
Menjelang jam 9.30 pagi, suasana Dewan SK Segari menjadi riuh rendah
apabila murid-murid tahun 6 dan 5 mengadakan persembahan masing-masing.

Comments
Post a Comment