PROGRAM NILAM
PROGRAM
NILAM
( Nadi Ilmu Amalan Membaca )
( Nadi Ilmu Amalan Membaca )
MATLAMAT
Membina tabiat membaca dikalangan murid
OBJEKTIF
Ø Menjadikan
murid-murid banyak membaca
Ø Mengalakkan
sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca
CIRI-CIRI
1. Program
Nilam mempunyai dua tahap iaitu:
o TAHAP
JAUHARI (Tahap Pertama)
i.
Emas
ii.
Perak
iii.
Gangsa
Ø Membina kemahiran dan menanam minat membaca sehingga terbina
satu tabiat Semua pelajar diwajibkan mengikuti aktiviti galakan membaca yang
dirancang dan dijalankan oleh PSS sepanjang tahun
Ø Pelajar diberi kemudahan meminjam buku melalui PSS untuk
aktiviti galakan membaca yang dijalankan.
o TAHAP
RAKAN PEMBACA Tahap Kedua ( RAKAN PEMBACA — RP )
Ø Mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca. Ianya
dijalankan sekiranya Tahap Pertama (JAUHARI) telah dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Ø Memberi penekanan terhadap kebolehan pelajar membimbing dan
menarik minat orang lain untuk membaca
a.
Dijalankan dengan
bimbingan guru
b.
Aktiviti-aktiviti boleh
dirancang secara formal atau tidak formal
c.
Cadangan aktiviti :
Bercerita , Membaca bersama , Bicara buku , Meminjamkan buku
2. Pengiktirafan
dan ganjaran bagi setiap tahap adalah seperti berikut:
o Tokoh membaca bulanan
o Tokoh membaca tahunan
o Kelas paling banyak membaca tahunan
o Menjadi Kelab Rakan Pembaca
PELAKSANAAN
Pihak-pihak
yang terlibat dan memainkan peranan dalam menjayakan Program Nilam ialah:
· Guru Besar
· Penyelaras, Setiausaha dan AJK Nilam (Guru)
· Guru PSS
· Guru Kelas / Tingkatan
· Guru Mata pelajaran
· Ibu Bapa
· Pengawas PSS
· Murid / Pelajar
Peranan
murid / pelajar dalam menjayakan Program Nilam adalah seperti berikut:
· Memiliki Buku Rekod Bacaan Nilam (RM 1.00 di PSS)
· Meminjam buku sekurang-kurangnya satu buah buku setiap dua
minggu
· Membaca buku sebanyak mungkin

Comments
Post a Comment