PERLAKSANAN DASAR 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA


Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S)

       Dasar 1 M 1 S mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. 
      Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia. 


Dasar 1 M 1 S berhasrat untuk, 

 1. Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid 
    dalam kegiatan sukan sepanjang tahun.
2. Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat 
    yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.


Dasar 1 M1 S berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut:
1. Meningkatkan kecergasan jasmani.
2. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.
3. Memupuk perpaduan di antara kaum.
4. Membentuk budaya sukan di kalangan murid.
5. Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal.
6. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.
7. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.


Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Konsep Dasar 1 M 1S  diwujudkan untuk menyokong FPK agar dapat:

1. Memberi akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif.
2. Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.
3. Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.


Pelaksanaan Dasar 1M 1S hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut:

1. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah  
   kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis 
   sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4hingga Tahun 6 di sekolah rendah 
   dan Peralihan , Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau 
   bagaimanapun murid-murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program 
   ini berdasarkan kemampuan sekolah.
2. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang 
   ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak 
   sekolah;.
3. Asas kepada 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan 
   Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran pendidikan 
   jasmani hendaklah diguna sama bagi 1M 1S.
4. Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti su kan.
5. Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan Intelek Rohani, Jasmani, dan 
    Emosi murid.
6. Ibu bapa dan agensi luar rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada 
    pembangunan sukan sekolah.
7. Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan 
    hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif 
    setiap murid.


Bagi memenuhi prinsip-prinsip pelaksanaan 1M 1S, setiap sekolah mempunyai pendekatan dalam melaksanakan program sukan mengikut acuan dan kemampuan sedia ada. Dengan itu, pelaksanaan 1M 1 S adalah berdasarkan kepada pendekatan berikut:

1. Aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif dalam 
   latihan sukan dan permainan di bawah pengurusan sekolah. Sukan yang ditawarkan di 
   bawah 1M 1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal.
2. Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah 
    sukan dan kelab sukan. Kejohanan tahunan olahraga sekolah yang didahului oleh 
    kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah.
3. Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah, dorm 
    asrama, kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan MSSD/MSSN/MSSM 
    serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1M1S.


Penilaian murid adalah berdasarkan kepada sistem penilaian sedia ada yang berasaskan:

1. Kehadiran;
2. Jawatan Serta Sumbangan;
3. Penglibatan; dan
4. Pencapaian.


Perubahan pada sistem penilaian sedia ada akan berkuatkuasa untuk murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 1 mulai tahun 2012.


‘’MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA’’







Comments

Popular posts from this blog

KEJOHANAN CATUR MSSD MANJUNG 2013