Posts

Showing posts from May, 2013

SAMBUTAN HARI GURU 2013

Image
SK Segari telah mengadakan Sambutan Hari Guru 2013 Peringkat Sekolah, bertempat di Dewan SK Segari. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, sambutan kali ini diadakan secara ringkas tetapi penuh makna. Tema hari guru pada tahun ini ialah Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda Majlis bermula dengan bacaan doa yang diimamkan oleh Ust. Azamuddin diikuti dengan ucapan daripada Guru Besar SK Segari, Pn Hjh Saadiah Bt Mahmud. Seterusnya diadakan persembahan nyanyian oleh seluruh warga pendidik SK Segari telah menyampaikan dua buah lagi iaitu ‘Kami Guru Malaysia’ dan ‘ Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara’ . Menjelang jam 9.30 pagi, suasana Dewan SK Segari menjadi riuh rendah apabila murid-murid tahun 6 dan 5 mengadakan persembahan masing-masing. Utama